MASALAH / ISU
1. Anak enggan mendengar arahan (suka
melawan).
Ibubapa/penjaga
atau guru pasti sentiasa menghadapai situasi ini, pasti dalam pemikiran kita
ini adalah situasi yang biasa bagi anak-anak seawal usia. Bagi yang kurang
sabar memang pasti da meletup rasanya, arahan yang cukup mudah dan ringkas
tidak boleh dipatuhi atau dilakukan. Malangnya, tanpa kita sedari perlakuan sedemikian
sebenarnya tidak normal. Pada situasi sedemikian, emosi anak berkenaan
sebenarnya berada dalam keadaan tidak stabil. Tabiat sering mengamuk, gemar
berhujah, sering menentang dan enggan mematuhi aturan dilihat sebagai tanda
mereka mengalami gangguan emosi atau ‘Opposition
Defiant Disorder’ (ODD).
2. Mudah tersinggung dan mudah marah.
Bila
dirumah atau didalam kelas pasti akan ada yang buat bising atau menganggu rakan
yang lain, pasti ibubapa atau guru akan menegur atau marah. Bagi kanak-kanak
yang menghidapi gangguan emosi ringan ini, mereka pasti akan mudah tersinggung.
Dari situ kanak-kanak ini akan mula memberontak dan marah kerana dimarahi.
Mereka akan bertindak lebih agresif dirumah atau didalam kelas, setiap teguran
atau nasihat tidak dihiraukan langsung. Baginya setiap teguran yang ditujukan
kepadanya itu adalah merupakan sesuatu
hukuman yang sangat berat baginya dan tidak boleh diterima. Ia juga merasakan
teguran itu sebagai suatu tindakan yang amat menyakitkan dan tidak boleh
dilupakan malah ia menganggap dirinya
yang ditegur atau dimarahi adalah orang yang tidak boleh dimaafkan lagi.
3. Suka mengasingkan diri dan tidak mahu
bersosial.
Kanak-kanak
yang menghidapi gangguan emosi ringan ini kebiasaan nya mempunyai tahap
keyakinan diri yang rendah. Mereka telah menetapkan dalam pemikiran mereka,
bahawa semua orang disekeliling mereka tidak suka pada mereka. Setiap apa yang
mereka lakukan pasti ada saja yang tidak kena dan ditegur atau dimarahi oleh
ibubapa atau guru. Mereka lebih gemar bersendiri atau mengasingkan diri dari
bercampur dengan ahli keluarga atau rakan-rakan disekolah. Agak sukar untuk
kita mendapatkan kerjasama dari mereka jika inginkan mereka laukan sesuatu atau
sertai kerja kumpulan.
4. Sentiasa berasa sedih.
Jika
ibubapa atau guru terlihat kanak-kanak yang duduk bersendirian tiba-tiba
menangis, pasti kita akan rasa kesian atau tidak paham kenapa kanak-kanak
tersebut menangis. Dipujuk tak mahu, dipeluk tak mahu, nak diberi ganjaran pun
tak mahu. Jadi bingung apa sebenarnya kehendak mereka. Perasaan sedih timbul
mungkin kerana berlakunya masalah keluarga di rumah, ada keinginannya yang
tidak tercapai, rakan- rakan menjauhinya kerana tingkah lakunya, atau
kemiskinannya, atau pelbagai jenis gangguan yang menimbulkan kesedihan di hati mereka.
5.
Suka membuli, bergaduh
dan suka berbohong.
Buli
dilakukan secara kumpulan atau individu, dan berlaku kepada sekumpulan atau
seorang kanak-kanak yang lain. Pembuli merasa satu kepuasan apabila keinginan
berjaya dilaksanakan tanpa memikirkan kesan negatifnya kepada mangsa atau
dirinya sendiri kelak. Kebiasaan kejadian buli ini terjadi diluar kawasan
rumah, seperti di sekolah atau tempat tersorok dari permandangan orang ramai.
Selain dari membuli, kanak-kanak ini juga suka berbohong atau meletakkan kesalahan
yang dilakukan kepada orang lain. Dengan melakukan semua ini, mereka dapat rasa
kepuasan kerana dapat melepaskan rasa tidak puas hati atau rasa marah pada
orang lain.
RUJUKAN:
-
Nur Aina Hassan, PENA AINA 66 Gangguan Emosi Murid, 26 Mac 2015 http://noorainahasan.blogspot.com/2015/03/gangguan-emosi-murid.html
-
Osman Lisut, BH Online Anak suka melawan, enggan patuhi
arahan tidak normal,
Ulasan
Catat Ulasan