CADANGAN / INTERVENSI AWAL


5 CADANGAN  INTERVENSI BAGI GANGGUAN EMOSI RINGAN

Gangguan emosi ringan yang dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran perlu ditangani supaya tidak berlarutan menajdi gangguan emosi yag lebih teruk. Mereka yang bermasalah pembelajaran tidak memahami bagaimana untuk mengatasi gangguan yang dirasai oleh emosi mereka. Sebagai ibu bapa dan guru, adalah menjadi tanggungjawab untuk membantu mereka mengatasi gangguan emosi tersebut.

Guru :

1.     Interaksi dua hala dan berbincang secara peribadi
Menjadi tanggungjawab seorang guru untuk membantu murid yang bermasalah terutamanya masalah dalam pembelajaran. Mereka mungkin bersifat pendiam, penakut, pemalu dan guru boleh mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi perasaan tersebut (Nurziana, 2012). Selepas itu guru boleh menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut (Nordin Tahir, 2010). Cara ini dapat mengelakkan murid yang bermasalah mengalami gangguan emosi ringan.

2.     Berbincang di antara ibu bapa dan guru
Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran sering merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Guru boleh mengadakan perbincangan dengan ibu bapa kanak-kanak tersebut bagaimana mereka dapat membantu meringankan tekanan emosi yang dihadapi. Jika di sekolah, guru berperanan mengawasi kanak-kanak dan di rumah ibu bapa juga perlu memainkan peranan. Tidak hanya meletakkan tanggungjawab di atas bahu guru semata-mata tetapi berusaha untuk mencari jalan penyelesaian untuk anak-anak ini. Sebagai ibu bapa murid, mereka seharusnya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada guru dengan memberikan maklumat yang diperlukan oleh guru khas yang bersangkut- paut dengan anaknya.

3.     Menggalakkan kanak-kanak meluahkan perasaan
Guru boleh menggalakkan anak murid untuk meluahkan peraasan mereka samada gembira, sedih, marah atau tidak berpuas hati terhadap sesuatu. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran sering memperlihatkan kecelaruan emosi. Emosi mereka sukar diramal dan sering berubah-berubah. Jadi, guru boleh melakukan aktivit P&P di dalam kelas yang membolehkan mereka meluahkan perasaan mereka. Seperti contoh aktiviti bermain dan menyanyi. Melalui aktivit bermain, kanak-kanak akan mengetengahkan perasaan mereka dan mengurangkan masalah tingkahlaku emosi yang mengganggu cara kanak-kanak berfungsi secara normal (Maryam Ahamd, 2017).

Ibu bapa:

1.     Peka dengan keperluan anak
Kanak-kanak yang mempunyai gangguan emosi ringan terkesan akibat daripada peristiwa dalam keluarga seperti penderaan, penceraian ibu bapa dan pengaruh keluarga. Kanak-kanak yang hidup di dalam keadaan yang negatif akan merasa sedih, susah hati, marah, tidak tentu arah dan banyak lagi. Ibu bapa perlu peka terhadap keperluan anak-anak supaya emosi mereka tidak terganggu sehingga boleh menyebabkan gangguan emosi yang lebih teruk. Ibu bapa boleh meluangkan lebih masa bersama anak-anak dan mengambil tahu tentang pelajaran mereka.

2.     Menyediakan persekitaran yang sihat 
Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa menyediakan persekitaran yang positif dan sihat untuk anak-anak terutama mereka yang mengalami gangguan emosi. Mengambil kira setiap aspek terutama dari segi emosi, ibu bapa boleh memastikan anak-anak mendapat bimbingan dan interaksi sosial supaya anak-anak tidak merasa tertekan.

3.     Memberi sokongan moral dan motivasi
Kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi ringan kadang-kala mengalami tekanan akibat dari persekitaran sekolah yang tidak kondusif, pengaruh rakan-rakan dan sebagainya. Menurut Epstein (2001), penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di rumah, pembuat keputusan dan  kolaborasi dengan masyarakat penting kerana banyak kebaikan dan faedah yang diperolehi oleh ibu bapa sekiranya mereka turut memainkan peranan dalam aktiviti kanak-kanak termasuk mengurangkan kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi ringan tidak merasa keseorangan dan terpinggir.



Rujukan

Maryam Ahmad (2017). Intervensi Kaunseling Kanak-kanak.

Nordin Tahir (2010). Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Institut Pendidikan Guru Ipoh.

Nurziana Zini (2012). Gangguan Emosi Kanak-kanak. Academia.

Zarina Abd Aziz; Safani Bari (2015). Penglibatan Ibu Bapa di dalam Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pmebelajaran. Universiti Kebangsaan Malaysia. International Seminar on Special Educationfor Southeast Asia Region. 

Ulasan