KRAFTANGAN DAN KANAK-KANAK

  (gambar sumber google)     

Selain daripada Seni, Kraf juga memainkan peranan besar dan penting bagi kanak-kanak. Aktiviti Kraf dapat meningkatkan perkembangan motor halus dan motor kasar kanak-kanak. 

Melalui aktiviti kraf, dapat meningkatkan motor halus kanak-kanak dengan cara menggunakan otot tangan. 

Kanak-kanak yang di dedahkan dengan seni dan kraf sedari kecil, akan lebih cenderung dan minat akan seni. Sebagai orang dewasa, ibu bapa dan guru, kita boleh mendorong minat kanak-kanak ke arah seni dan kraf. Jika kanak-kanak menunjukkan minat mereka, kita perlulah memberikan sokongan kepada mereka. Sebagai contoh, kita boleh membawa kanak-kanak ke pameran seni, kelas kraf dan sebagainya.

Lalu aktiviti Seni dan Kraf apa yang boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak?
Anak anda minat melukis? Mungkin ini aktiviti yang sesuai untuk mereka.


Batik Lukis/ Canting


Apa itu batik lukis/canting?


Batik lukis merujuk kepada corak pada kain batik yang dilukis tangan secara bebas. Batik lukis mempunyai corak yang pelbagai dan setiap satu adalah unik, tidak akan sama dengan yang lain.

Di alam Melayu batik lukis mempunyai corak bunga. Ini disebabkan Islam melarang pengikutnya melukis benda hidup. Corak bunga ini telah digemari sejak kesultanan Melaka lagi, Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng. Terdapat banyak jenis canting, antaranya ialah canting kasut, canting laras dua, laras tiga, empat dan lain-lain.


Kanak-kanak boleh mengeksperikan emosi dan pengalaman mereka melalui aktiviti mencating batik. Di sini juga kreativiti mereka dapat dikembangkan.


Antara bahan-bahan yang digunakan untuk mencanting batik ialah kain Crepe Silk, pensil, canting yang diperbuat daripada buluh yang mempunyai kepala tembaga serta bermulut. Canting ini berfungsi seperti sebuah pen. Seterusnya adalah tempat untuk menyampirkan kain atau papan pemidang. Bahan lain ialah dye atau pewarna khas, dan lilin(wax).

   (Kain Crepe Silk)


 (Canting)



 (Dye warna)




 ( Papan pemidang)



( Lilin / Wax )



Contoh aktiviti Canting Batik: 







Video Mencanting Batik : 






Ulasan