KANAK-KANAK DAN SENI

 







                    gambar sumber google)

Kanak-kanak dilahirkan dengan sifat yang berubah-ubah mengikut tumbesaran mereka. Sifat ini adalah merupakan fitrah bagi kanak-kanak itu sendiri. Untuk berkembang pelbagai aspek perlu di ambil kita termasuk lah perkembangan estetika kanak-kanak.

Melalui konsep Seni dan Estetika akan dapat meelahirkan kanak-kanak yang bersifat kreatif. Hal ini seiring dengan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN yang ingin melahirkan kanak-kanak yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.


APA  KAITAN SENI DAN KANAK-KANAK?

Sebenarnya terlalu banyak kaitan antara seni dan kanak-kanak, salah satu nya seni dapat memberi peluang untuk kanak-kanak meluahkan rasa dan perasaan dengan  cara mengeksperisasikannya melalui Seni.

Seni juga akan meningkatkan Nilai kretiviti dan imaginasi kanak-kanak yang boleh diaplikasikan di dalam hidup seharian kanak-kanak. Sebagai contoh, melalui pendedahan seni pada peringkat awal akan dapat melahirkan pakar seni atau seorang ahli seni lukis yang berjaya.

Menerusi seni , kanak-kanak dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal dan belajar untuk memberi makna apabila meluahkan emosi. Malah imaginasi yang difikirkan oleh kanak-kanak tatkala berfikir secara simbolik cuba digambarkan dalam bentuk seni yang unik. 

Seni  jika diberi perhatian boleh memperkembangkan kebolehan kreativiti semulajadi kanak-kanak kerana proses penghasilan lukisan misalannya dapat menggabung jalinkan emosi, sosial dan nilai estetika. Secara ringkasnya, lukisan merupakan satu perlambangan grafik awal bagi kanak-kanak terhadap apa yang mereka perhatikan dalam kehidupan seharian. Proses estetika dan daya kreativiti kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat, iaitu proses penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi. Manakala unsur seni  atau seni lukis yang biasa diperhati dalam an kanak-kanak (apabila guru menilai karya mereka) meliputi garisan, warna, bentuk, jisim atau isipadu, rekaan atau gubahan, corak, ruang, imbangan dan tekstur.



Rujukan:

https://milenialjoss.com/jenis-jenis-seni/

Ulasan